Bagaimana menyertai Wikipedia:Portal

Sama seperti mana-mana halaman lazim Wikipedia, portal boleh disunting oleh sesiapa jua. Walau bagaimanapun, adalah amat penting jika anda menghargai usaha gigih orang lain. Para penyunting sentiasa diperlukan untuk menyenggara portal-portal tertentu; jika anda mahu mengambil bahagian dalam menjaga sesebuah portal, suarakan niat anda di dalam halaman perbincangan, tambahkan diri anda dalam senarai penyenggara dalam direktori portal, dan sibukkan diri anda!

Sebuah WikiProjek untuk Portal akan ditubuhkan untuk menyelaraskan segala aktiviti berkenaan portal. Objektif semasa adalah untuk membangunkan standard bagi semua portal yang ada dan memastikan penyenggaraan berjalan. Antara tugas lain termasuklah integrasi dan pengkategorian portal.

Perhatian segera diperlukan di portal yang disenaraikan di Kategori:Portal dalam pembinaan.